
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin, 8 Disember ini.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, Malaysia mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1429 Hijrah pada 29 November 2008.
''Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November.
''Oleh yang demikian Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 8 Disember,'' kata kenyataan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan