Jumaat, Disember 05, 2008

U.N.I.C - Aisya Humaira

Untuk MUATURUN lagu nasyid ini..
Sila klik pada Tajuk Lagu

U.N.I.C -Aisya Humaira


Album : Tika Itu
Munsyid : Unic
lirik Sumbangan : http://liriknasyid.com


Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahar melebih
Yang setanding embun kasirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya nur itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Pilihlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan soerang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu

AMALAN - AMALAN SEMASA AIDILADHA



KULLU ‘AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Rabu, Disember 03, 2008

De'Hearty - Wanita ( piano Version)

Untuk MUATURUN lagu nasyid ini

sila klik pada tajuk lagu..
De'Hearty - Wanita ( Piano Version )


lyric...

Artist: De'Hearty
Album : INsan TerIstimewa
Title : Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu mengungkap hubungan manusia,
Bukan saja dirindui yang biasa,
Malah ADAM turut sunyi tanpa hawa...

Akalmu senipis bimaam rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...

TErcipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi...

Mana mungkin, Lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk,
Engkaulah wanita istimewa...

Didiklah wanita dengan keimana bukanya harta ataupun pujian,
kelak tidak derita berharap pada yang binasa,
engkaulah wanita istimewa...

Sinarilah insan istimewa,
Bawa kelembutan untuk kelemahan,
bukan jua penghinaan dari tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan....

Lawak Tapi Bermakna

kalau anda fikir anda masih islam...bacalah Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...
kalau tidak......Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 1 minit untuk membaca ini....
kalau lebih seminit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lag Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....



Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgnpakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesingun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempatkamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000tadi tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak
Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam
mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selainterhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang
raya..."

"Lawakkan,
tapi anda sebagai umat islam... anda renungkanla... adakah diri anda betul2 islam... betul2
mempunyai perwatakkan sebagai orang islam....
aku dah jumpa pelbagai ragam orang islam yang hanya hipokrit...
dulu semasa sekolah.... bertudung labuh... skarang... freehair memanjang..
maafla kepada sesiapa yg terasa... aku bukan nak mengutuk atau meyindir..
sedarla... kita umat islam,, membawa imej islam...
bagaimana kita hendak menarik orang lain
memeluk islam sedangkan kita sendiri tidak mengikut imej islam,,,
sebenarnye.. bukan isu freehair saje.. bnyak lagi kehipokritan masyarakt islam kita..
sometime,, bila kuar dari kolej jew da nampak ramai orang islam yg pincang dan lemah..
slumber jew mlkukan perkara2 yg ditegah islam...



fikir2 dan rnungkan la....
maaf kalau ade yg terasa.... sekadar keluhan hati.... =)

Selasa, Disember 02, 2008

peringatan di bln zulhijjah


1) 1-8 hr bln : sunat puasa

2) 8 hr bln : hidupkn mlm dgn byk bribadah

3) 9 hr bln : sunat brpuasa bg yg x wat haji dan bc surah al-ikhlas 1000 kali

4) 10 hr bln : sembahyang sunat aidil adha, bertakbir dan berkorban

5) 11-13 hr bln : hdpkn mlm dgn byk beribadah dan bertakbir setiap slps solat fardu

jom mari bramal.......

Ciri-ciri Keimanan


Sifat2 keimanan yg perlu kita jaga dan revise setiap ketika adlh spt berikut:

1. Al-Ta'ibun - org2 yg sentiasa bertaubat

2. Al-'Abidun - org2 yg beribadat

3. Al-Hamidun - org2 yg bertahmid memuji kebesaran Ilahi

4. Al-Sa'ihun - pengembara2 di jln Allah

5. Al-Raki'un - org2 yg bnyk ruku'

6. Al-Sajidun - org2 yg sujud kpd Allah

7. Al-'Amiruna bil-Ma'ruf - org2 yg menyuruh kpd Ma'ruf

8. Wa-yanhauna 'anil-Munkar - org2 yg menghalang perkara2 Mungkar

9. Wal-Hafizuna Li Hududillah - org2 yg memelihara hukum2 Allah

Aidiladha 8 Disember



KUALA LUMPUR 27 Nov. - Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin, 8 Disember ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, Malaysia mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1429 Hijrah pada 29 November 2008.

''Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November.

''Oleh yang demikian Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 8 Disember,'' kata kenyataan itu.

Isnin, Disember 01, 2008

Sejenak renungan kehebatan keajaiban Islam dan Al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim!
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan spt membuat amalan:-



1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wallahu A'lam