Isnin, Januari 05, 2009

Hukum Bersalam dgn bukan muhrim


salam... honestly aku forward je article ni...
tapi aku rasa article ni berguna untuk semua muslim dan muslimat..


Hal ini sebenarnya mmg memberi masalah kepada muslimah dan juga muslimin,Tetapi dalam hal ini banyak perkara perlu dilihat.Dan alhamdulilah,saya berpeluang untuk memahami bahasa arab dan sekaligus meneliti perbincangan para ulama melalui kitab-kitab muktabar.
Dalam hal ini,saya cenderung untuk membawa fatwa yang telah diijtihadkan oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi.

Al-Imam Yusuf berkata dalam fatwa mau'sirah:
Setelah memperhatikan riwayat-riwayat tersebut, maka yang mantap dalam hati saya adalah bahawa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi saw. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah bersalaman antara laki-laki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat laki-laki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak perempuan pakcik atau anak perempuan makciki sama ada dari pihak ibu ataupun dari pihak ayah, atau isteri pakcik, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu sudah lama tidak terjadi.

Dalam menutup pembahasan ini ada dua hal yang perlu saya tekankan

Pertama, bahawa bersalaman antara laki-laki dan perempuan itu hanya diperbolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila ditakuti terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan taladzdzudz (berlazat-lazat) dari salah satunya (apa lagi keduanya) maka keharaman bersalaman tidak diragukan lagi.
Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi - iaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah - meskipun bersalaman itu antara seseorang dengan mahramnya seperti Makciknya, saudara sesusuan, anak tiri, ibu tiri, mertua, atau lain-lain, maka bersalaman pada situasi seperti itu adalah haram.
Bahkan bersalamann dengan anak kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.


Kedua, hendaklah bersalaman itu jika ada keperluan saja, seperti yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, iaitu dengan ahli keluarga atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab diantara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, bagi mengawal pintu kerosakan, menjauhi syubhat, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi saw. - tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernah bersalaman dengan wanita lain (bukan ahli kelurga atau tidak mempunyai hubungan yang erat).
Dan yang lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah - yang komitmen pada agamanya - ialah tidak memulai bersalaman dengan jantina yang berlainan. Tetapi, apabila diajak bersalaman barulah ia bersalaman.
Saya tetapkan keputusan ini untuk dilaksanakan oleh orang yang memerlukannya tanpa merasa telah mengabaikan agamanya, dan bagi orang yang telah mengetahui tidak usah mengingkarinya selama masih ada kemungkinan untuk berijtihad.


Dan saya bawakan juga pandangan dari guru saya.
Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh kebanyakan ulama yg lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan org yg halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yg boleh membawa kepada hubungan yg haram antara lelaki dan perempuan.
Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu'asirat): Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas.


1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja ya

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seyes... sgt berguna kepada aku... thanks a lots...

-hamba Allah

Tanpa Nama berkata...

mcm2 versi ada, masing2 keluarkan hujah masing2, aku pun peninggggggggggggggg